Monday, July 29, 2013

Mia Sara ajak minum susu


MILK Mug pelbagai reka bentuk ditawarkan oleh Dutch Lady bagi menggalakkan kanak-kanak minum susu untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.


DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) bersama duta baharu bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 8, telah melancarkan kempen Susu dan Sahur di MegaKidz, pusat beli-belah MidValley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kempen tersebut bertujuan menggalakkan kanak-kanak meminum susu sewaktu bersahur kerana ia mampu memberi tenaga ketika berpuasa.
Dalam usaha untuk memberi inspirasi dan galakan kepada kanak-kanak di seluruh negara, Mia Sara berazam untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini.
Sambutan Ramadan kali ini juga dimeriahkan dengan azam Dutch Lady untuk mendermakan segelas susu kepada rumah anak yatim terpilih berdasarkan jumlah hari kanak-kanak yang berpuasa.
Mia Sara yang berpuasa sebulan penuh pada usia tujuh tahun membuat azam bersama-sama 20 kanak-kanak daripada Rumah Amal Siraman Kasih, Rawang, Selangor yang merupakan salah sebuah rumah anak yatim terpilih untuk kempen tersebut.
Pengaruh positif
“Kempen ini bukan sahaja menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan meminum susu, tetapi memberikan mereka peluang untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.
“Sebagai selebriti kanak-kanak, kami yakin Mia Sara dapat memberikan pengaruh positif kepada kanak-kanak lain dengan menyemai gaya hidup sihat seperti meminum susu, berpuasa sepanjang bulan Ramadan serta mengambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik,” kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen tersebut boleh mendapatkan kalendar Susu dan Sahur secara percuma di kedai-kedai terpilih mulai 1 Julai lalu.
Kalendar berkenaan mengandungi tip dan petikan inspirasi daripada Mia Sara bagi menggalakkan kanak-kanak berpuasa.
Tandakan pada kotak di dalam kalendar bagi menunjukkan hari kanak-kanak berpuasa dan hantarkan kembali kepada Dutch Lady Malaysia sebelum 17 Ogos depan.
Selain membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, lima pemenang bertuah berpeluang menyambut hari raya bersama Mia Sara pada bulan September ini.
Pada majlis sama, Dutch Lady Malaysia turut melancarkan Milk Mug baharu yang boleh didapati bermula dari 1 Julai sehingga 31 Ogos ini.
Milk Mug diperkenalkan agar kanak-kanak berasa seronok ketika menikmati susu.
“Di Dutch Lady, kami ingin menjadikan pengalaman meminum susu untuk membesar sebagai pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.
“Jadi, kami telah menghasilkan pelbagai siri Milk Mug menarik yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak bagi menggalakkan mereka meminum lebih banyak susu,” kata Anja.
Promosi berkembar
Dutch Lady Milk Mug juga boleh didapati dengan setiap pembelian pek promosi berkembar (2 Pek Susu 1 kilogram) bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123, Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456 atau Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+.
Milk Mug ditawarkan dalam lima reka bentuk berbeza, The Bee (kuning), The Elephant (ungu) dan The Crab (merah) untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, sementara reka bentuk yang lebih terkini bersama tali ditawarkan dalam warna biru (untuk kanak-kanak lelaki) dan merah jambu (untuk kanak-kanak perempuan), buat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
Bersempena pelancaran Dutch Lady Milk Mug, permainan video Facebook berjudul Moo-It, Moo-It yang dimulakan pada 15 Jun lalu turut diperkenalkan.
Peserta boleh menggunakan lima watak Milk Mug untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,000.
Untuk keterangan lanjut tentang kempen Susu dan Sahur, Dutch Lady Milk Mug dan permainan video Facebook Moo-It, Moo-It, sila layari www.smartmoments.com atau www.facebook.com/DutchLady. SmartMoments.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: