Monday, July 29, 2013
Kaunter tiket bas masih lengang
KUALA LUMPUR – Bagaikan tidak mahu pulang beraya.
Beberapa perhentian bas di sekitar ibu kota kelihatan masih lengang tanpa orang ramai bersesak-sesak membeli tiket bas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bukan itu sahaja, tiket bas juga masih lagi banyak belum dijual ekoran orang ramai yang masih belum ‘tergerak’ untuk membelinya walaupun hanya tinggal dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba.
Tinjauan Kosmo! di Pusat Trasformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Hentian Bas Jalan Duta dan Hentian Putra di sini semalam mendapati, kebanyakan kaunter tiket bas tidak dikunjungi oleh orang ramai yang kebiasaannya akan berpusu-pusu membeli tiket bas, terutamanya pada hujung minggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: