Tuesday, July 23, 2013
Keenakan masakan utara India Restoran D'Tandoor
BERKONSEPKAN hidangan dari utara India, Restoran D'Tandoor cawangan Bandar Perda di Pulau Pinang menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa untuk pilihan orang ramai sepanjang Ramadan ini.
Antaranya sizzling ayam tanduri, roti nan, udang tanduri zafrani, bhaji bawang dan kopi istimewa D'Tandoor.
Pengarah Urusannya, Yusriza Yusoff berkata, kesemua set hidangan ala carte bertemakan masakan utara India itu sesuai dengan cita rasa serta selera masyarakat tempatan.
Menurut beliau, kebanyakan juadah berkenaan dimasak menggunakan arang bagi mengekalkan keenakan rasa masakan.
“Kesemua menu berkenaan disediakan oleh chef yang berpengalaman daripada Pakistan dan dimasak dengan menggunakan bahan serta rempah-ratus yang diimport dari India bagi mengekalkan cita rasa aslinya.
“Restoran ini juga masih lagi menggunakan teknik membakar dan panggang kebanyakan hidangannya dalam tempayan seperti yang dilakukan di Asia Selatan khususnya India,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: