Thursday, July 25, 2013

Album ketuhanan penyanyi pop rock

KUMPULAN 6ixth Sense berkolaborasi dengan grup nasyid Saujana menerusi lagu Penerang Hati.


TIDAK hanya pada bulan Ramadan dan bukan penyanyi nasyid sahaja yang menghasilkan album berunsur kerohanian dan ketuhanan.
Penerimaan masyarakat terhadap album berbentuk sebegitu telah membuka peluang buat penyanyi genre lain untuk turut serta menghasilkan produk sedemikian.
Senario itu dapat dilihat di Malaysia bahkan Indonesia yang mempunyai album ketuhanan daripada penyanyi pelbagai genre muzik.
Datuk Siti Nurhaliza
ALBUM Tahajjud Cinta yang muncul pada bulan Ramadan tahun 2009 merupakan album genre ketuhanan pertama daripada Datuk Siti Nurhaliza. Mengandungi lapan buah lagu termasuk sebuah lagu ciptaan penyanyi Indonesia, Opick berjudul Ketika Cinta yang merupakan lagu tema filem Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban.
6ixth Sense
KUMPULAN yang dianggotai oleh lima anak muda ini cukup popular dengan lagu bergenre pop rock di Malaysia. Mereka juga pernah tampil dengan album ketuhanan berjudul Tentang Kita pada tahun 2012 dan bergabung dengan kumpulan nasyid Saujana menerusi lagu Penerang Hati.
Datuk Sharifah Aini
PENYANYI bersuara lunak, Datuk Sharifah Aini tidak ketinggalan menghasilkan sebuah album kerohanian berjudul Yayadan pada tahun 1998. Album bergenre pop etnik itu mengandungi 11 buah lagu dan turut memuatkan lagu Sketsa Kehidupan nukilan Nazri Johani iaitu vokalis kumpulan nasyid Raihan.

SITI NURHALIZA muncul dengan album ketuhanan, Tahajjud Cinta pada tahun 2009.


Band Ungu
BAND Indonesia, Ungu yang terkenal dengan lagu-lagu cinta telah menghasilkan empat buah album ketuhanan bermula dari tahun 2006 sehingga tahun 2009.
Ia masing-masing berjudul Syurgamu, Para Pencarimu, Aku dan Tuhankan serta Maha Besar. Selain merancang untuk menghasilkan sebuah album pop, Disember ini mereka dijangka muncul dengan album ketuhanan terbaharu.
Band Gigi
SEBUAH lagi band Indonesia terkenal, Gigi yang memperjuangkan genre pop dan rock telah menghasilkan enam buah album berkonsep ketuhanan sejak tahun 2004 bermula dengan Raihlah Kemenangan. Sejak itu sehingga tahun 2012, band Gigi terus menghasilkan album ketuhanan seperti Raihlah Kemenangan Repackage (2005), Pintu Sorga (2006), Jalan Kebenaran (2008), Amnesia (2010) dan Aku dan Aku (2012).
Wali Band
WALI BAND yang popular dengan lagu Cari Jodoh turut mengeluarkan sebuah album ketuhanan yang berjudul Ingat Sholawat pada tahun 2009. Lagu popular dalam album ini ialah Mari Sholawat dan Tomat (Taubat Maksiat).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: