Friday, July 26, 2013

Keenakan sup gearbox kambing



SUP gearbox kambing antara hidangan signatur restoran 10 Binjai pada bulan Ramadan tahun ini.


BAGI yang menggemari suasana restoran yang kasual dan kontemporari, 10 Binjai di PNB Darby Park merupakan destinasi terbaik untuk anda berbuka puasa bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Kira-kira 80 menu iftar yang disediakan oleh pihak restoran termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Pelanggan juga dapat merasai seperti berkunjung ke bazar Ramadan terutama di kaunter hidangan pembuka selera.
Lemang, ketupat, rojak, kerabu, roti john dan stimbot merupakan antara menu yang menjadi tarikan pelanggan di restoran itu.
“10 Binjai juga menyajikan pelbagai sajian tempatan dan luar negara. Antara hidangan yang menjadi tumpuan ialah ikan dan ayam bakar, nasi Arab, ketam masak merah, udang sambal petai, daging kurma serta shawarma kambing dan ayam.
Bagi yang menggemari hidangan dari Pantai Timur, nasi kerabu merupakan antara hidangan signatur di restoran kedua PNB Darby Park selain daripada Restoran The 39.
Eksekutif sous chef 10 Binjai, Ard Abdul Aziz, 44, memberitahu, sempena bulan Ramadan, menu sup gear box kambing merupakan hidangan utama yang harus dicuba oleh pelanggan.
“Sup gearbox kebiasaannya sinonim dengan tulang daging lembu. Di restoran ini, kami menyediakan sup tulang gear box kambing. Ia dimasak dengan menggunakan rempah ratus masakan Melayu seperti lengkuas, serai dan halia.
“Sup gearbox kambing juga lebih manis jika dibandingkan dengan gear box lembu. Isinya juga lembut dan memudahkan pelanggan untuk menikmatinya,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Hidangan pencuci mulut seperti puding roti, pengat dan pelbagai jenis kuih-muih Melayu juga disediakan untuk pelanggan sebelum berangkat pulang usai menikmati juadah berbuka puasa di restoran 10Binjai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: