Wednesday, July 24, 2013

1,693 penari cipta rekod dunia



Seramai 1,693 penari dari 44 buah negara memecahkan rekod dunia dalam kategori tarian terpanjang.


DUBLIN - Seramai 1,693 penari yang datang dari 44 buah negara memecahkan rekod dunia dengan melakukan tarian tradisional penduduk Ireland di sepanjang jambatan Samuel Beckett di sini.
Persembahan mega itu diketuai pereka tari dari New York, Jean Butler yang turut dibantu 100 penari kumpulan tarian Riverdance.
Acara yang mencatat rekod baharu Guinness World itu disaksikan oleh beribu-ribu penonton yang berhimpun di sepanjang jambatan Samuel Beckett merentasi sungai itu.
Rekod bagi kategori tarian tebing sungai sebelum ini dilakukan di Tennessee, Amerika Syarikat melibatkan seramai 652 orang.
Para peserta persembahan kali ini datang dari serata dunia termasuk Mexico, Uzbekistan dan Australia untuk merasai pengalaman mencatat rekod dunia.
Usaha mencipta rekod baharu dunia itu dianjurkan sebagai antara acara promosi untuk menarik pelancong asing melawat Ireland pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: