Sunday, July 21, 2013

Penternak AS biak 'lembu panda'



PEANUT meragut rumput di sisi ibunya, Midget pada Khamis lalu.


COVINGTON - Sejak tujuh tahun lalu, seorang penternak lembu kerdil di Amerika Syarikat (AS), John Bartheld berharap dapat membiak lembu yang menyerupai seekor panda.
Dia berjaya melakukannya pada 28 Jun lalu dengan kelahiran "lembu panda" yang dinamakan Peanut.
Dari pelbagai sudut, Peanut yang berbulu hitam di sekeliling mata dan corak putih pada muka dan badannya kelihatan seperti beruang panda dari China.
Haiwan itu tidak pernah berenggang jauh dari ibunya, Midget.
"Saya berasa agak ganjil kerana saya tidak pernah memelihara lembu seperti ini," katanya.
Bartheld memelihara sembilan ekor lembu dengan empat ekor didaftarkan sebagai lembu kerdil di sini, dalam negeri Washington.
Seekor lembu kerdil perlu berada di bawah ketinggian 1 meter pada usia tiga tahun.
Lembu panda pula perlu memiliki tanda-tanda seekor beruang seperti corak putih pada bahagian perutnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: