Sunday, July 21, 2013

Mufti larang sertai ratu cantik



WAN ZAHIDI


KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu hukumnya haram dan berdosa.
Beliau berkata, fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
"Justeru pihak penguat kuasa diminta melaksanakan undang-undang seperti mana yang diwartakan itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
Wan Zahidi mengulas berhubung laporan sebuah akhbar kelmarin bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temu duga tertutup di ibu negara pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: