Monday, February 11, 2013

Royal Belum World Drums kembali


KUMPULAN peserta dari luar negara mempersembahkan kemahiran mereka bermain dram ketika program Royal Belum World Drums Festival 2012 lalu.


KUALA LUMPUR – Peminat muzik irama dram tanah air berpeluang menikmati persembahan dram bertaraf antarabangsa daripada 10 buah negara sempena Royal Belum World Drums Festival 2013 yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Februari ini di Perak.
Festival yang memasuki edisi kedua itu bertujuan mengetengahkan keindahan Hutan Belum di Banding sebagai destinasi pelancongan selain menjadikan kesenian sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di negeri tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pelancongan dan Teknologi Maklumat Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, selain Malaysia, negara-negara lain yang akan mengambil bahagian adalah Australia, Mesir, India, Indonesia, Azerbaijan, Singapura dan Thailand.
Jelas beliau, kumpulan dram tersebut akan menjelajah ke beberapa tempat di Perak bagi membuat persembahan iaitu di Aeon Seri Manjung, Taiping Sentral Mall, Mydin RTC Gopeng dan Mydin Meru Raya, Ipoh.
“Acara pembukaan dan penutup pula dijadual berlangsung di padang Lapangan Terbang Gerik dan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh yang turut dihadiri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
“Kita jangkakan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara pada festival yang berlangsung selama lima hari itu. Masuk adalah percuma,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: