Ada di antara mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya kerana anggota operasi telah mengepung semua kawasan pintu di premis berkenaan.
Dalam operasi di Johor Bahru pada Ahad lalu, seramai 70 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 53 wanita serta enam lelaki warga Thailand berusia 20 hingga 41 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Timbalan Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, serbuan itu dilakukan hasil aduan awam bahawa terdapat warga asing bekerja sebagai GRO tanpa pas dan permit selain melakukan kegiatan tidak bermoral.
“Semasa serbuan dilakukan, GRO sedang menari di pentas dan menerima kalungan bunga daripada pengunjung lelaki yang datang berhibur di pusat hiburan ini.
"Terdapat juga tarian di antara lelaki dan wanita dalam aksi tidak bermoral dengan duduk di pangkuan lelaki sambil membelai pasangan masing-masing. Terdapat juga GRO sedang melayan lelaki di meja sambil minum,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Masri yang bertindak sebagai ketua operasi berkata, hasil daripada pemeriksaan, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Kesemua warga asing yang ditahan di bawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut jabatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: