Bagaimanapun, kelekaan empat lelaki tersebut berakhir apabila anggota Jabatan Imigresen menyerang premis berkenaan pada operasi yang dijalankan jam 1 pagi semalam.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata ketika serbuan dijalankan, pendatang asing terbabit sedang sibuk mengadakan pertaruhan judi di premis tersebut.
Menurutnya, menerusi maklumat yang diperoleh daripada orang awam, premis berkenaan menawarkan pelbagai jenis bentuk judi komputer kepada pelanggan.
Katanya, hasil serbuan yang dijalankan bersama 27 anggotanya, seramai empat lelaki warganegara Bangladesh berusia 24 hingga 30 tahun berjaya diberkas.
“Hasil pemeriksaan mendapati keempat-empat lelaki Bangledesh itu tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.
“Selain itu, seorang suspek turut ditahan dipercayai turut bekerja sebagai penjaga di premis mesin judi itu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Irwan berkata, mereka turut menjalankan operasi dan pemeriksaan di beberapa rumah kongsi di Taman Sazali dan tapak pembinaan di Klebang Impian bermula jam 10 malam kelmarin hingga jam 2 pagi semalam.
Menurutnya, seramai 24 lelaki warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh berjaya ditahan dalam serbuan itu.
“Manakala, enam wanita warga Indonesia turut diberkas bersama dua kanak-kanak berusia satu dan empat tahun.
“Ketika serbuan dilakukan, ramai antara pendatang warga asing yang mendiami kawasan rumah kongsi itu cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran namun berjaya diberkas.
“Kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah.
“Sehubungan itu, operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kemasukan pendatang haram dapat dibendung sepenuhnya pada masa hadapan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: