Namun, sebelum ini Yusof Haslam telah menafikan dakwaan yang mengatakan hubungan dengan anak lelakinya itu tidak baik.
Hal itu dikatakan berkaitan dengan filem KL Gangster 2 yang lebih setahun tertangguh.
Melalui laman blog miliknya, Syamsul menulis dalam artikel bertajuk Deklarasi Pada Spekulasi Maafkan Aku yang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku.
“Semalam aku bersemuka dengan papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.
“Entah mengapa, apabila aku berdepan dengannya, kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya dari muda,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Gangster Celop ini turut menangis akibat terlalu sedih ketika berdepan dengan ayahnya.
“Belum sempat aku mulakan bait pertama, air mata sudah mencurah-curah. Aku capai tangan kanan papa dan ku cium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya erat-erat.
"Saat itu, apabila kehangatan tubuhnya ku rasa, aku lemah... selemah-lemahnya. Lumpuh seketika,” tulisnya lagi.
Pengarah berusia 29 tahun ini juga memberitahu telah menerangkan segala rasa yang terbuku dalam dada kepada bapanya yang juga penerbit Skop Productions.
“Habis berterabur bait-bait kata yang kususun pada awalnya untuk ku katakan pada papa. Aku jadi sebak tak terkata.
“Aku terangkan pada papa apa yang terbuku di dada, apa yang ku simpan sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja. Papa senyap seribu bahasa. Namun dalam senyap, dia mendengar dan aku sedar air matanya bertakung,” katanya.
Tambahnya: “Papa memberikan kata-kata semangat, sekali gus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan.”
Sementara itu, Syamsul juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana mengambil sikap berdiam diri selama ini.
“Buat semua rakan media, aku memohon maaf kerana ketika isu ini sedang hangat, aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut.
“Aku tidak bermaksud untuk mengetepikan kalian, jauh sekali jadi pengecut kerana lazimnya aku berdepan dan bersemuka dengan sebarang isu berbangkit tentang diriku dan karierku,” katanya.
Syamsul juga berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: