Thursday, February 21, 2013

Jeslina tidak dicerai kerana datang bulan

SAAT-SAAT bahagia pernikahan Jeslina Hashim dan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005.


KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi Jeslina Hashim yang menyepikan diri daripada dunia hiburan selepas berkahwin dengan warga New Zealand lapan tahun lalu tiba-tiba muncul dengan isu keretakan rumah tangganya.
Bagaimanapun, proses perceraian Jeslina, 35, dengan Dion Andrew Vercoe, 40, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam terbantut selepas pelakon filem Seri Dewi Malam itu memberitahu sedang didatangi haid (tidak suci).
Terdahulu, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid, mewakili Dion selaku plaintif memaklumkan bahawa anak guamnya sudah memfailkan perceraian secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
"Kami memfailkan beberapa permohonan di Mahkamah Tinggi. Saya ada melampirkan perjanjian berhubung perkara-perkara selepas perceraian yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
"Antaranya meliputi terma-terma hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah mutaah lebih RM150,000," katanya yang turut memohon supaya isu perceraian dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk diselesaikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: