Monday, February 11, 2013

Pelesit rempit semakin biadab


SEBAHAGIAN pelesit rempit yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di Pusat Rekreasi Telaga Air Panas Selayang, Gombak baru-baru ini.


GOMBAK - Perangai biadab golongan pelesit rempit bagaikan sukar dibendung lagi apabila mereka terus menjadikan kawasan awam di Pusat Rekreasi Telaga Air Panas Selayang di sini sebagai tempat menunjuk lagak dan berkelakuan sumbang walaupun ia pernah dibongkarkan Kosmo! bulan lalu.
Lebih ketara apabila golongan yang rata-ratanya berusia awal 20-an 'menawan' kawasan itu pada cuti umum Tahun Baru Cina sekali gus menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam yang ingin beriadah bersama keluarga masing-masing.
Apa yang dikesalkan, mereka bukan sahaja berbuat bising dengan memerah minyak motosikal masing-masing malah ada yang tanpa segan silu berasmara dengan pasangan yang dibawa.
Insiden memualkan membabitkan sekumpulan 25 hingga 30 pelesit rempit itu berlaku antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi semalam.
Seorang pengunjung, Abdul Hakim Abdullah, 27, berkata, kumpulan itu sering berkunjung ke kawasan riadah tersebut tanpa mengira hari bekerja mahupun pada cuti hujung minggu.
"Kita datang ke sini untuk berehat-rehat dengan ahli keluarga terutamanya sewaktu cuti umum namun, kehadiran mereka yang begitu ramai menyebabkan kami berasa kurang selesa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: