|
KUALA LUMPUR - Sepuluh orang pegawai perhubungan pelanggan (GRO), dengan sembilan daripada mereka mendakwa ibu tunggal, didenda RM2,800 atau penjara 40 hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tuduhan melanggar dan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja di sebuah pusat karaoke pada Jun tahun lalu.
Mereka didakwa mengingkari dan melanggar Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 1 Januari 2004 dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke D'Carnival Lounge, No. 333-335, Batu 2½, Jalan Ipoh di sini antara pukul 1.40 pagi dan pukul 3.15 pagi pada 24 Jun tahun lalu.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah kesemua tertuduh.
Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama setahun dengan dipantau Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal berkelakuan baik jaminan tersebut akan ditarik balik.
Kesemua tertuduh ialah Erni Juita Ismail, 47, Siti Farahdilla Azua Kasim, 26, Rita Yakir, 29, Rabihah Ahmad, 37, Nor Azilah Isa, 38, Eparizan Abdullah, 30, Noriza Mohd. Nor, 35, Zaiton Zainal, 42, Rosnita Mawardi, 35, dan Nisah Yaman, 32.
Salah seorang tertuduh, Farahdilla mempunyai sehingga 40 keping kad tempahan daripada pelanggan untuk menari pada malam itu.
WALAU PUN DIDENDA MEREKA MASIH LAGI TIDAK SEDAR DAN MASIH LAGI BEKERJA DISITU SEHINGGA KE HARI INI. KITA SEDAR MEREKA BEKERJA MUNGKIN KERANA ATAS DESAKAN HIDUP UNTUK MENYARA KELUARGA AKAN TETAPI BANYAK LAGI PEKERJAAN YANG BOLEH MEREKA LAKUKAN POKOKNYA IALAH BERUSAHA. SAYA BERKATA BEGINI KERANA SAYA MENGENALI MEREKA YANG DIDALAM GAMBAR DIATAS. MEREKA DAMBAKAN PENDAPATAN 3 ATAU 4 RIBU SEBULAN TETAPI APA YANG MEREKA DAPAT TIADA APA YANG MEMBAHAGIAKAN PERCAYALAH HENDAK DIKIRIMKAN RM 100 PADA IBU DIKAMPUNG PUN BELUM TENTU LAGI KEPADA PIHAK YANG BERWAJIB PANTAU LA KESEPULUH MEREKA INI. MEREKA MASIH BELUM JAUH.
ReplyDeleteAtas rasa terpanggil dan perikemanusiaan di bulan yang baik ini saya harap pihak yang berwajib seperti JAWI dan JAKIM cuba la buat sesuatu kepada mereka agar mereka sedar. dibulan yang mulia bulan ramadhan ini saya pohon agar cubalah kita sama2 membanteras maksiat. Saya sekadar menyuarakan pendapat.
ReplyDelete