Pergaduhan antara dua aktres jelita ini tiba-tiba kembali hangat selepas dua tahun 'berperang'.
Tegas Julia, bukan dia tidak mahu memaafkan perbuatan Sakinah yang didakwa memburuk-burukkannya sebelum ini, tetapi katanya, sehingga kini adik kepada pengacara terkenal, Sharifah Shahirah itu, belum meminta maaf dengannya.
“Minta maaf dulu, baru saya maafkan dia (Sakinah).
“Kalau kita buat salah, kita mesti minta maaf dengan orang itu dulu.
“Tetapi dia nak jumpa dengan saya pun malu, macam mana saya nak maafkan dia,” tegas Julia.
Perang dingin antara Julia dan Sakinah dikatakan berpunca daripada Sakinah yang didakwa menghebahkan cerita yang tidak baik tentang Julia.
Malah Julia juga pernah menyerang Sakinah dan juga kakaknya, Sharifah Shahira.
Punca utama pergaduhan mereka juga dikaitkan dengan aktor sensasi, Gambit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: