Monday, February 11, 2013
Padah berlumba di Jalan Yam Tuan
SEREMBAN – Keghairahan 10 lelaki berlumba kereta di sekitar bandar ini tanpa mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya lain membawa padah apabila mereka ditahan dalam satu operasi cegah lumba haram semalam.
Kesemua pelumba itu ditahan dalam operasi hampir lima jam bermula pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota dari Unit Khas Trafik Bukit Aman di sekitar Jalan Dato Bandar Tunggal dan Jalan Yam Tuan di sini.
Menurut jurucakap unit berkenaan, kesemua individu tersebut berusia antara 21 hingga lewat 30-an.
“Pemeriksaan lanjut turut mendapati kesemua enjin dan ekzos kenderaan tersebut telah diubah suai.
“Lapan kereta juga didapati enjinnya telah ditukar namun tidak didaftarkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya di sini semalam.
Tambahnya, ketika ditahan semua pemandu berkenaan sedang berlumba sesama mereka dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: