Festival yang meraikan filem-filem terbaik seluruh Asia itu akan diadakan dari 6 hingga 10 Mac ini.
Filem tersebut juga turut tersenarai untuk ditayangkan bersama 13 filem cereka lain dalam Frequency Film Festival di San Diego, Amerika Syarikat pada 6 April depan.
Pengurus Besar GBSB, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, ia adalah satu pengiktirafan terhadap filem berkenaan selain menjadi sumber kepada GBSB bagi menghasilkan filem-filem berkualiti pada masa hadapan.
“Kami amat bersyukur dengan pengiktirafan pada peringkat antarabangsa ini dan berjanji untuk menghasilkan filem bermutu bukan sahaja untuk penonton di Malaysia sebaliknya penonton seluruh dunia,” katanya kepada mStar Online.
Antaranya Far East Film Festival ke-14 di Itali, Festival Filem Asia Pasifik di Los Angeles, Filmfest Hamburg di Jerman, Festival Filem Abu Dhabi dan Fort Lauderdale Film Festival, Amerika Syarikat.
Karya itu turut diberi penghargaan sebagai filem pembukaan di Five Flavours Film Festival di Poland pada Oktober tahun lalu.
Sementara itu menerusi Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) yang bakal diadakan pada 2 Mac depan, Songlap turut menerima pencalonan tertinggi iaitu sebanyak 14 pencalonan berbanding filem-filem lain.
Filem lakonan Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid dan Normah Damanhuri ini mengisahkan kehidupan dua beradik yang terjebak dalam kancah sindiket penyeludupan manusia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: