Thursday, February 21, 2013

Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh lagi


BEGINILAH keadaan besi sokongan dan bumbung yang runtuh ketika kerja-kerja membaik pulih Stadium Sultan Zainal Abidin dilakukan di Gong Badak semalam.


KUALA TERENGGANU - Kerancakan kerja-kerja membaik pulih bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini yang runtuh pada 2 Jun 2009 dicemari insiden berdarah selepas tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan apabila struktur sebahagian lagi bumbung itu turut menyembah bumi semalam.
Kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika ketiga-tiga mereka sedang melakukan kerja-kerja menanggalkan struktur bumbung bersama lapan lagi rakan. Kerja-kerja itu sudah 60 peratus siap sejak ia dimulakan tiga bulan lalu.
Pekerja yang parah ialah Safian Abdul Manaf, 21, patah kaki dan paha kanan, Md. Nazirulnizam Marzuki, 25, cedera pada lutut kanan manakala Mohd. Saidi Ismail, 21, pula cedera di pinggang.
Kesemua mangsa merupakan lelaki tempatan.
Sementara itu, Mohd. Shukri Jusoh, 31, dan Wan Mohammad Fajrul Azmee, 26, pula cedera ringan. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd. Jamil memberitahu, pihaknya menganggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh dalam kejadian itu.
"Kami menyiasat mengenai kecederaan pekerja manakala siasatan mengenai aspek teknikal diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja baik pulih diarah dihentikan sehingga siasatan selesai," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: