Menerusi FFM25 yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Zahiril akan berentap bersama tiga finalis lain seperti Shaheizy Sam, Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim.
Mengakui setiap nama besar itu mempunyai kelebihan masing-masing, Zahiril tidak berhasrat memasang angan-angan bagi menjuarai kategori tersebut.
"Saya tak tahu nak cakap apa. Pencabarnya sangat hebat dan saya tidak mengimpikan kemenangan. Berjaya menempatkan nama di tangga lima teratas, saya sudah cukup berbangga.
"Lagipun, saya melihat sendiri lakonan mereka dan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Lagipun, pengalaman mereka lebih luas.
"Saya sangat mengagumi mereka dan tidak dapat mengagak siapa yang lebih layak," katanya.
Bunoha n harus diiktiraf
Walaupun filem Songlap mendominasi carta pencalonan tertinggi di FFM25, namun filem Bunohan tidak kurang hebatnya apabila filem terbitan Apparat Sdn Bhd itu memperoleh 13 pencalonan keseluruhannya.
Bunohan mendapat lapan pencalonan daripada Anugerah Perdana dan lima daripadanya bagi kategori Anugerah Cipta.
Bersyukur dengan pencalonan itu, suami kepada selebriti, Shera Aiyob ini berharap filem arahan Dain Said Iskandar itu diberi pengiktirafan sewajarnya.
"Walaupun kutipan filem kurang memberangsangkan, namun fi lem ini banyak dimainkan di luar negara. Apatah lagi, ia turut merangkul Anugerah Golden Hanoman dalam Netpac Asian Film Festival (JAFF) ke-7 di Yogyakarta, Indonesia.
"Inilah filem kita, keseluruhannya berkisarkan kehidupan masyarakat dan digarap pengarah tempatan. Jika negara luar boleh mengiktiraf filem kita, kenapa tidak kita sendiri?
"Saya mengharapkan kemenangan untuk filem hebat ini, tidak kisahlah dari pada mana-mana pencalonan. Sekurang-kurangnya, ia mampu membawa perubahan kepada pengkarya filem lain untuk menghasilkan filem yang bermutu," katanya yang bakal muncul dalam filem terbaru, Rentap.
Filem Bunohan juga pernah tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik, namun gagal berentap ke peringkat seterusnya.
Tidak kisah jantina
Dalam perkembangan lain, Zahiril yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi mengakui teruja menanti detik kelahiran bayi pertamanya.
Menurutnya, usia kandungan isterinya, Shera kini mencecah enam bulan. Bakal menyambut kelahiran, Julai nanti, Zahiril tidak kisah jantina bayinya.
"Sama juga macam Shera. Kami terima baik lelaki mahupun perempuan. Yang penting, bayi itu sihat.
"Pun begitu, kami sudah melakukan ujian imbasan, namun baby masih tak nak tunjuk jantina dia. Kami pun tidak terdesak ingin tahu. Perempuan atau lelaki, sama sahaja. Masing-masing ada kelebihan tersendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: