Thursday, February 28, 2013

Mizz Nina Lancar Lagu Bersama Bintang K-Pop, Jay Park


Mizz Nina muncul dengan single terbaru berjudul Around The World duet bersama penyanyi K-Pop, Jay Park.
PETALING JAYA: Selepas berjaya dengan beberapa lagu duet bersama artis antarabangsa seperti Colby O’Donis dan Florida, penyanyi Mizz Nina kini tampil dengan kolaborasi terbaharu bersama artis popular K-Pop iaitu Jay Park.
Mizz Nina berkata, dia sangat teruja dengan kolaborasi menerusi lagu Around The World itu dan berharap ia akan mendapat sambutan baik daripada peminat.
"Jay sangat berbakat besar dan peluang bekerjasama dengannya adalah sesuatu di luar jangkaan dan saya cukup teruja," katanya.
Single berkenaan diterbitkan oleh b-boy dan Cha Cha Malone, yang pernah menerbitkan lagu seperti Bestie dan Speechless untuk Jay.
Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia juga bertuah apabila dapat merakamkan muzik video lagu itu di Seoul, Korea Selatan, arahan pengarah terkenal, Namil Cho.
Jay Park.
"Selain muzik video itu dirakamkan di Seoul ia juga diarahkan oleh pengarah kegemaran saya, Namil Cho dan tidak sabar untuk peminat menontonnya," kata Mizz Nina.
Bercakap mengenai lagu berkenaan, katanya, proses rakaman Around The World dilakukan secara berasingan sejak Disember tahun lalu.
"Saya rakamkan bahagian terlebih dahulu di Malaysia sebelum proses vokal Jay dibuat di Seoul namun hasilnya cukup baik dan sesuai dengan cita rasa peminat," jelasnya.
Selain bakal disiarkan di radio, Around The World juga boleh di muat naik menerusi www.aroundtheworld.alturl.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: