Monday, February 11, 2013

Perkhidmatan kembali pulih


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan kebakaran pada gerabak kereta api Ekspres Sinaran Utara yang terbakar kelmarin sebelum operasi pulih semula semalam.


BUKIT MERTAJAM - Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar sektor utara yang terjejas selepas keretapi Ekspres Sinaran Utara tergelincir dan terbakar di Kampung Baru, dekat sini petang kelmarin pulih sepenuhnya semalam.
Pengurus Kanan Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, bermula pada pukul 9 pagi semalam, operasi KTMB dipulihkan mulai 9 pagi selepas gerabak kereta api Ekspres Sinaran Utara yang tergelincir dialihkan.
"Kerja-kerja mengalih gerabak itu memakan masa hampir 19 jam, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin lebih 150 penumpang kereta api Ekspres Sinaran Utara terkandas selepas tergelincir di Kampung Baru, di sini ketika dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian 2.20 petang itu, lokomotif kereta api milik KTMB yang membawa 10 gerabak penumpang turut mengalami kebakaran kecil dipercayai akibat kebocoran diesel.
Noordin memberitahu, ekoran kejadian tersebut hampir 2,000 penumpang yang melibatkan beberapa perkhidmatan kereta api KTMB telah terjejas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: