Sunday, September 9, 2012

Umrah Ayu Azhari


AYU AZHARI


ARTIS senior Indonesia, Ayu Azhari menjelaskan dia berasa perasaan tenang yang luar biasa ketika melakukan umrah bersama anak-anaknya. Menurut Ayu, individu yang datang ke tanah suci Mekah dan Madinah merupakan tetamu Allah SWT.

"Gembira tak terkata dapat menunaikan umrah dengan anak-anak. Detik bersama itu merupakan saat paling membahagiakan. Umrah kali ini memang tidak dirancang kerana urusan visa ke Mekah pada bulan Ramadan sudah ditutup. Tetapi ada teman yang dapat menguruskan hal tersebut. Ini saya anggap sebagai undangan dari 'Yang Punya Rumah' Semoga dapat jadi kebaikan bagi semua," ucap Ayu Azhari.

"Senang sahaja urusan waktu di hadapan Kaabah. Anak-anak juga menyanyi setelah tawaf. Saya rasa lebih segar. Doa pula saya baca menggunakan bahasa Inggeris," lanjutnya sembari tersenyum.

Ayu malah mengaku, ketika usai melaksanakan umrah dia berasakan dirinya seperti sebuah komputer yang baharu diformat.

"Rasa seperti komputer yang telah diformat. Ini adalah kebahagiaan bersama anak dan tidak dapat diungkapkan. Ke masjid, istirahat, ibadah sahaja pokoknya. Cuba kembalikan semuanya kepada Allah. Ajarkan anak-anak seperti itu. Kalau kita punya kepercayaan itu, pasti akan baik semuanya," paparnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: