Syafie, 20, berkata, doktor yang merawatnya memberitahu perkara selepas imbasan sinar X dilakukan baru-baru ini.
"Sebelum ini ia hanya bengkak dan lebam teruk sahaja tetapi selepas beberapa hari kesakitannya semakin bertambah. Apabila saya pergi ke hospital, doktor memberitahu saya mengalami keretakan pada bahagian siku," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Syafie, doktor memaklumkan kecederaannya itu tidak kritikal dan hanya perlu dibalut dan diberikan ubat.
Dalam pada itu, Syafie memberitahu pelakon remaja berkenaan masih belum memohon maaf kepadanya berhubung insiden itu dan dia mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut.
Syafie berkata dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar kejadian serupa tidak berulang kembali.
"Sehingga sekarang dia masih belum meminta maaf tetapi saya tidak kisah kerana tidak mahu membesar-besarkan perkara itu," katanya yang enggan mendedahkan identiti pelakon tersebut.
Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal.
Ia bakal ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: