Pelbagai perasa menggoda tekak seperti epal, limau gedang, laici, mangga dan markisah, limau mandarin, nenas, aprikot dan biskut mentega tersedia di mesin layan diri membuatkan kita bebas mencampurkan perasa yang diingini.
Kegusaran penambahan lemak di badan turut berjaya diketepi apabila pemilik premis Snogurt di Ampang Putra, Ampang, Kauther Alsagoff meyakinkan penulis ia bebas lemak!
Terangnya, Snogurt adalah manisan yang diperbuat daripada yogurt beku digelar froyo, singkatan daripada 'frozen yogurt' dan ia tinggi dengan kandungan pro-biotik iaitu bakteria yang baik untuk penghadaman.
"Ramai orang salah faham dengan froyo. Ia bukanlah aiskrim yang diperbuat daripada susu penuh krim.
"Froyo merupakan produk tenusu daripada susu rendah lemak yang kaya dengan kalsium dan pastinya lebih rendah kalori serta lemak berbanding aiskrim.
"Kesemua produk Snogurt diperbuat daripada yogurt premium yang diimport dari Itali serta menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.
"Menariknya, ia 100 peratus produk tempatan dan dimiliki oleh rakyat Malaysia," ujarnya yang membuka Snogurt di Ampang Putra sejak Jun lalu.
Snogurt turut menggunakan konsep santai dalam hiasan premis serta banyak bermain dengan warna rasmi mereka iaitu putih, hijau dan merah jambu yang menceriakan suasana.
Menurut Kauther, setakat ini Snogurt menyediakan sehingga 19 jenis perisa dan 25 hiasan tambahan memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan.
Menariknya, Snogurt turut menyediakan perisa yang bersesuaian dengan perayaan tempatan seperti limau mandarin untuk Tahun Baru Cina dan sirap ros bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Dengan harga hanya RM4.90 untuk setiap 100 gram, ia dijamin mengandungi kalori yang rendah, 99 peratus bebas lemak dan pelbagai nutrien yang berkhasiat untuk badan.
Bagi penggemar benda manis, apa lagi. Nikmati froyo yang pastinya tidak menggemukkan!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: