Namun, pada kemunculan kali ini Ashanty bergerak sebagai penyanyi solo tanpa ditemani suaminya di sisi.
“Saya tidak mahu bersaing dalam industri ini. Apa yang saya mahu adalah menjadi penyanyi dan terus menghasilkan lagu, tidak kiralah sama ada ia mendapat sambutan atau tidak.
“Kini ramai penyanyi yang bagus muncul tidak kira lelaki atau wanita dan mereka mempunyai kekuatan masing-masing,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal hiburan ketika ditemui di Gedung CTC, Kramat Raya, Jakarta Pusat di sini, Selasa malam.
Mengenai perjalanan karier nyanyiannya secara solo, Ashanty berkata, dia mahu berdikari tanpa dibayangi Anang dengan menghasilkan lagu sendiri.
“Anang sudah berpesan agar bidang muzik ini tidak dinyanyikan pekerjaan. Keluarga sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: