Friday, September 28, 2012

Bajet tapi Eksklusif

Bilik VIP yang ditawarkan oleh GM Hotel bukan sahaja besar, tetapi menarik dan selesa.
MENURUT Mohd. Rodhi, kekerapan menginap di hotel luar negara atas urusan perniagaan memberikannya idea untuk menubuhkan GM Hotel.
Katanya, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, dia melihat tidak banyak hotel di negara ini yang berkonsepkan eksklusif dan Islamik tetapi ditawarkan pada harga bajet kepada pelanggan.
“Maka dengan wujudnya peluang dan ruang, saya bertekad untuk mengembangkan perniagaan GM dalam industri perhotelan dengan menggunakan konsep itu yang menjadi keistimewaan hotel kami,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mohd. Rodhi yang merupakan Pengarah Urusan GM Hotel berkata, penawaran perkhidmatan penginapan eksklusif pada harga bajet membolehkan kebanyakan masyarakat mampu menginap di hotel tersebut.
Katanya, ia mempunyai 34 bilik dengan jaminan harga berpatutan iaitu dari serendah RM85 hingga RM300 semalam berdasarkan kategori diinginkan oleh para pelanggan.
Bertemakan 'setiap hari adalah hari yang ceria', GM Hotel memilih untuk membuka hotel pertamanya itu di Changlun selepas melihat potensi permintaan untuk perkhidmatan hotel yang tinggi di situ.
“Pemilihan lokasi bersebelahan Lebuh Raya Changlun adalah sebagai transit kepada pengunjung yang ingin melancong ke Thailand menerusi pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam.
“Di samping itu, tempat tumpuan ramai yang terletak berdekatan dengan hotel ini termasuk zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam, Black Forest Golf & Country Club, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan jeti Kuala Perlis,'' kata usahawan muda berkenaan.
GM Hotel yang mengutamakan kepuasan pelanggan turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti WiFi untuk dilayari 24 jam, penyediaan perkhidmatan dobi dan pengawasan serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) bagi keselamatan pelanggan.
Bilik di bangunan dua tingkat itu turut dilengkapi dengan set televisyen dan pemain cakera video digital (DVD), tilam tebal dan empuk serta 'amenities kit' yang tidak disediakan oleh sesetengah hotel bajet manakala tata rias bilik disesuaikan bagi menampung jumlah penginap serta cita rasa keluarga.
Mohd. Rodhi berkata, pengangkutan teksi juga mudah diperolehi selain penyediaan sarapan pagi percuma kepada pelanggan mereka.
Paling penting harus diketahui pelanggan, katanya, setiap bayaran bilik yang dikenakan adalah termasuk sumbangan terhadap rumah anak yatim dan kebajikan.
''Sebanyak 50 sen daripada jualan setiap bilik akan diagihkan ke rumah-rumah berkenaan mengikut giliran masing-masing pada awal bulan.
“Secara tidak langsung, pelanggan kami mempunyai 'saham kebajikan' tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dalam melakukan tanggungjawab sosial kepada masyarakat,'' katanya.
Mengenai perancangan masa depan, Mohd. Rodhi memberitahu, GM Hotel berhasrat mengembangkan rangkaian hotelnya itu ke negeri-negeri lain dan ketika ini mereka ke arah membuka cawangan kedua di Changlun pada tahun depan.
“Kami yakin dengan konsep yang diperkenalkan, sasaran untuk membuka lebih banyak cawangan di daerah-daerah mampu dicapai,'' ujar bapa kepada tiga anak itu.
GM Hotel sedia menerima tempahan daripada jabatan kerajaan dan pembayaran boleh dibuat menerusi Local Order selain tunai, kad kredit dan cek syarikat.
Selain berkunjung terus, tempahan bilik boleh dibuat melalui Booking.com dan Agoda.com. Pelanggan juga boleh memohon keahlian GM Hotel bagi mendapat keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli-ahlinya.
Setiap penginapan ahli akan mendapat mata ganjaran dan apabila mencukupi jumlah mata yang dikumpul, pelanggan berhak mendapat penginapan percuma di hotel berkenaan.
Terma dan syarat keahlian adalah tertakluk kepada pindaan pihak Hotel GM. Maklumat lanjut mengenai hotel itu boleh menghubungi 04-9249776 atau layari laman web http://www.gmhotelsdnbhd.com atau laman sosial Facebook http://facebook.com/pages/GM-Hotel-
Sdn-Bhd/.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: