Penghasilan mi memerlukan kemahiran dan pengalaman agar ia berkualiti dan sedap dimakan. Untuk menghasilkan mi yang berkualiti, pembuatannya tidak mudah dan memerlukan ilmu yang banyak. Namun kini, ramai yang sudah pandai menghasilkan mi kuning yang berkualiti tinggi di samping permintaan terhadap mee yang semakin tinggi. Oleh itu, pada siri inovasi kali ini ditampilkan mesin perebus mi kuning. Mesin berkenaan telah dicipta oleh Zull Design Autotronic (ZDA) khas kepada para pelanggannya.
ZDA menghasilkan mesin tersebut atas permintaan pelanggan yang meminta supaya menghasilkan satu mesin khas untuk merebus mi. Mesin perebus mi yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak kami akan cuba menepati kehendak mereka. Bagaimanapun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan. Hal ini kerana dikhuatiri mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah.
Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha industri dalam menghasilkan mi dalam kuantiti yang banyak. Ia mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna. Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan mee. Mesin tersebut dapat merebus mee tanpa menggunakan tenaga manusia yang banyak.
Tambahan pula, dengan adanya konsep pneumatik, ia amat memudahkan pengguna dalam proses mengangkat tangki perebus mi tersebut. Di samping itu, mesin berkenaan ini dilengkapi dengan termometer untuk memudahkan pengguna. Dengan adanya termometer tersebut, pengguna lebih mudah untuk melihat tahap suhu air didihan dan sejuk di dalam tangki perebus tersebut. Kos gaji pekerja juga boleh dijimatkan kerana untuk pengendalian mesin ini. hanya seorang atau dua orang pekerja sahaja diperlukan berbanding kaedah manual yang menggunakan lebih ramai pekerja. Selain dapat mengurangkan tenaga pekerja, penggunaan mesin ini juga lebih mudah dan mi juga dapat direbus sebati.
Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan ia bergantung kepada tempahan pelanggan. Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri. Ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki. Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat pukul 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan emel mail@zulldesign.com.my. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: