Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika serbuan dibuat, suspek sedang menunggang motosikal dan cuba keluar dari kawasan sekolah.
Menurutnya, menyedari kehadiran polis yang datang menghampirinya, suspek melarikan diri bagaimanapun polis yang turut menunggang motosikal berjaya memintas suspek sebelum ditahan.
"Dari pemeriksaan dijalankan mendapati rangka motosikal digunakan suspek adalah motosikal jenis lain manakala enjinnya pula dilaporkan hilang beberapa bulan lalu di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
“Suspek mengaku membeli casis motosikal itu dengan harga RM140 dari seorang pengusaha bengkel motosikal, manakala enjinnya dibeli dengan harga RM40 dari seorang kenalan," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Padang Serai sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.
"Polis sedang memantau beberapa sekolah di mana ada dalam kalangan pelajarnya menggunakan motosikal curi.
"Mencuri motosikal adalah satu perlakuan jenayah serius dan ia boleh dihukum dengan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya prihatin terhadap kenderaan digunakan anak mereka kerana kebanyakan remaja kini membeli alat ganti dipercayai barang curi.
Menurutnya, sehingga kini polis sudah menahan beberapa pelajar sekolah kerana terlibat dalam kegiatan mencuri dan menggunakan motosikal curi di sekitar Kulim dan mereka sudah dihadapkan ke mahkamah.
“Pelajar sekolah bukanlah satu lesen untuk membolehkan mereka melakukan jenayah. Undang-undang tidak mengenal usia dan siapa mereka.
"Sekiranya mereka didapati memiliki motosikal atau alat ganti dikhuatiri dicuri, polis akan mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: