BERWASPADA... wanita separuh umur berisiko diserang sakit jantung seperti lelaki.
KOMBINASI BAHAYA... makanan tinggi kandungan lemak termasuk mentega, minyak dan daging merah antara faktor risiko sakit jantung.
Namun ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan susah untuk dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama saja di antara lelaki dan wanita.
Menurut Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat berbanding lelaki.
“Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.
“Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun, faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah disebabkan diabetes mellitus (gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin) yang menjadi ‘ibu’ kepada penyakit kardiovaskular,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.
Kajian terkini dilakukan Women Heart Health Organisation (WH2O), organisasi naungan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), terhadap 5,195 responden berusia dari 20 hingga 70 tahun mendapati bukan saja wanita, lelaki juga tidak mengetahui dengan jelas mengenai sakit jantung.
“Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
“Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.
“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” katanya.
Jelasnya, ramai masih tidak ambil tahu dan kurang memberi perhatian terhadap penyakit ini kerana sering ‘dimomokkan’ jika sakit jantung saja pasti ia membabitkan golongan lelaki.
“Masyarakat perlu memperbetulkan andaian begitu kerana zaman sudah berubah. Tiada apa yang mustahil, apatah lagi corak kehidupan kita berubah sepenuhnya.
“Wanita lebih berwaspada terhadap penyakit seperti kanser payudara dan serviks hingga kurang mengambil berat kesihatan jantung mereka, walhal punca kematian akibat penyakit jantung adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kanser di kalangan wanita,” katanya.
Punca
Tanda serangan
Faktor
1) Asap rokok
2) Kandungan lemak tinggi
3) Kurang bersenam
4) Darah Tinggi
5) Kencing manis
Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
Mengurangkan risiko sakit jantung
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: