|
|
MULA diperkenalkan di negara ini sekitar tahun 1950-an, Milo terus mendapat kepercayaan pelbagai lapisan masyarakat sebagai salah satu hidangan berkhasiat yang baik untuk keperluan harian tubuh.
Baru-baru ini, Milo sekali lagi mencetuskan inovasi baharu apabila memperkenalkan Varian Campuran Milo baharu, iaitu Milo Serat, Milo Bijirin dan Milo Kurang Manis.
Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Kopi dan Minuman Nestle (Malaysia) Berhad, Don Howat berkata, ketiga-tiga varian campuran Milo baharu itu diformulasi khas berdasarkan kajian dan pembangunan bagi memenuhi tuntutan trend pengguna yang sentiasa berubah.
"Milo Serat, misalnya mengandungi bahan Actifibras, iaitu serat makanan yang terbukti secara saintifik untuk membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik.
"Sementara itu, Milo Bijirin pula mengandungi kepingan bijirin terbaik untuk memberikan tenaga manakala Milo Kurang Manis diperkayakan dengan kalsium dan mempunyai kurang 47 peratus gula (sukrosa) yang sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan," ujarnya pada majlis pelancaran produk itu di The Square, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengarah Konsumer untuk Milo, Unit Perniagaan Kopi dan Minuman Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen.
Tambah Howat, pelancaran Varian Campuran Milo baharu itu bertujuan memastikan jenama berkenaan terus kukuh dan relevan dalam kalangan pengguna di Malaysia.
"Ia sejajar dengan janji Nestle, iaitu Good Food, Good Life bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang baik pengguna," kata beliau.
Didatangkan dalam bentuk uncang tiga dalam satu, Varian Campuran Milo baharu mudah disediakan dan sesuai dinikmati sesiapa sahaja sama ada di pejabat atau rumah.
Ia dijual pada harga RM10.50 bagi setiap pek yang setiap satunya mengandungi 10 uncang. Varian Campuran Milo baharu itu kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: