Sunday, September 2, 2012

Retweet Siwon cetus kontroversi


SIWON


SECARA tidak semena-mena ahli kumpulan Super Junior, Siwon terpalit dengan kontroversi gara-gara melakukan retweet di akaun laman sosial Twitter miliknya.

Penyanyi tersebut baru-baru ini melakukan retweet mesej orang lain untuk berkongsi pandangan mengenai perebutan Pulau Dokdo membabitkan Korea Selatan dan Jepun.

Tindakan retweet itu menggambarkan bahawa Siwon bersetuju dengan mesej Twitter milik kerajaan Korea Selatan itu. Bagaimanapun dia seharusnya lebih sensitif kerana mempunyai peminat serata dunia.

Antara kandungan mesej tersebut berbunyi: "Dokdo ialah wilayah kami dan itu adalah tempat berharga yang akan kami lindungi dengan jiwa kami. Mari kita lindunginya dengan kehormatan."

Sebahagian peminat Super Junior di Jepun memprotes kenyataan itu manakala media mulai memboikot kumpulan K-Pop.

Majalah Cyzi Woman turut menyiarkan kekecewaan peminatnya di Jepun. Ada antara peminat kumpulan itu mengancam untuk membaling telur busuk ke arah Siwon apabila bertemu kelak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: