PENSYARAH Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Dahlia Janan berjaya mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai penerima anugerah tesis terbaik bidang literasi seluruh United Kingdom.
Dr. Dahlia menerima anugerah itu daripada Convenor of Research of UKLA Professor Guy Merhant pada majlis Anugerah United Kingdom Literacy Association Research Student Award 2012 di London baru-baru ini.
Tesis Dr.Dahlia yang memenangi anugerah itu diiktiraf apabila berjaya menghasilkan satu inovasi baharu dalam bidang kebolehbacaan iaitu menggunakan gabungan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif untuk mengkaji bidang berkenaan.
Ia juga meliputi kejayaan menghasilkan model baharu kebolehbacaan yang kini menjadi rujukan para penyelidik antarabangsa.
Dr. Dahlia yang juga Ketua, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI berkata, tesis yang dihasilkan melalui model baharu kebolehbacaan yang kini menjadi rujukan para penyelidik di peringkat antarabangsa.
"Bidang kepakaran dan kecenderungan di dalam bidang pedagogi dan proses bacaan dalam literasi kanak-kanak dan dewasa, kebolehbacaan dan pendekatan-pendekatan inovatif dalam meneliti kekompleksan dan kesukaran teks serta kajian bandingan proses bacaan dan literasi.
"Saya sangat bersyukur dengan anugerah ini kerana ia bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi untuk universiti dan dunia pendidikan negara dan perjuangan saya masih belum selesai tetapi baru sahaja bermula.
"Saya berazam untuk membayar kembali segala jasa dan sokongan daripada pihak kerajaan dan rakyat Malaysia yang telah menyediakan pelbagai kemudahan belajar sejak saya di bangku sekolah sehinggalah berjaya di peringkat Doktor Falsafah," katanya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: