Thursday, July 12, 2012

Wangian Nor Azizah

Nor Azizah Mohamad dengan pelbagai minyak wangi jenama EQA Perfume keluarannya.

Menjadi kemestian bagi setiap orang memiliki wangian yang menjadi kegemaran sama ada berjenama tempatan mahupun antarabangsa.

Rutin dan aktiviti seharian tidak kira sama ada di luar mahupun di dalam pejabat menuntut pengguna menggunakan pewangi demi keselesaan diri sendiri dan orang lain.

Pelbagai jenis produk dan haruman yang berada di pasaran memberi pilihan kepada para pengguna mengikut cita rasa dan kemampuan masing-masing.

EQA Perfume merupakan salah satu pilihan produk wangian terbaru yang berada di pasaran sejak November tahun lalu.

Nor Azizah Mohamad, 45, merupakan usahawan yang berjinak-jinak dengan perniagaan minyak wangi.

Pengalaman berniaga aksesori yang dijalankan secara kecil-kecilan menjadi faktor pemangkin beliau untuk melebarkan sayap dalam perniagaan minyak wangi ini.

"Sentuhan haruman produk EQA Perfume ini begitu mengasyikkan. Pati minyak wangi yang dicampurkan dengan minyak putih serta dibotolkan ini dijual pada harga RM5 sebotol.

"Terdapat lebih kurang 150 hingga 160 jenis haruman yang ada. Botol yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja ini sudah terjual sebanyak 30,000 unit dengan anggaran purata 3,000 hingga 4,000 sebulan," katanya ketika ditemui di kediamannya yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Nor Azizah, dengan bertemakan Haruman Sepanjang Hari Tanpa Alkohol, produk EQA Perfume sesuai dipakai oleh golongan wanita dan lelaki dengan harga yang amat berpatutan.

Bagi wanita yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini, EQA Perfume harus dimiliki kerana pewangi ini tidak mengandungi alkohol dan tahan lama.

Produk wangian yang diinspirasikan oleh wanita berusia 45 tahun ini diletakkan di kedai-kedai runcit, restoran dan stesen minyak sekitar Lembah Klang selain menggunakan agen-agen jualan sebagai medium perniagaan.

"Saya bersyukur kerana mendapat galakan daripada suami dan keluarga yang sudah semestinya menjadi tulang belakang bagi menyemarakkan lagi semangat beliau terus berkecimpung dalam perniagaan ini," katanya.

Apabila ditanya berkenaan perancangan akan datang, dia bercadang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan menambah bilangan kedai-kedai bagi meletakkan produk EQA Perfume ini.

Di samping itu, dia tidak menolak kemungkinan untuk menerima tempahan pewangi EQA Perfume untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan sekiranya terdapat permintaan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk EQA Perfume, boleh menghubungi talian 017-3010130 (Alias).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: