Saturday, July 21, 2012

Wajah baru Skinz

NURUL Wahab, baru-baru ini dilantik secara rasmi sebagai jurucakap produk penjagaan kulit anti penuaan Skinz Infinite. Pelantikan Nurul melengkapkan barisan wajah jelita jenama Skinz yang turut memaparkan bintang antarabangsa Hong Kong, Charmaine Sheh dan bintang China yang sedang meningkat naik, Bai Bing.

Nurul yang bangga atas pemilihannya sebagai jurucakap produk itu yakin ia satu anjakan baru kerana tidak ramai mempunyai peluang berkongsi rahsia kecantikan bersama wanita Melayu di negara ini.

"Saya pernah membaca tentang Skinz Infinite dan kehebatan formula Bio-StemCell Activatornya dalam memperlahankan masalah penuaan kulit.

"Tetapi tidak sangka sebelum majlis perkahwinan saya dilangsungkan, pihak Skinz memberi saya peluang mencuba produk mereka dan hasilnya amat mengagumkan.

"Dalam tempoh dua minggu, saya menyedari perubahan positif yang ketara pada kulit dan garis halus juga kurang kelihatan.

"Saya bukan seorang yang mudah suka pada sesuatu produk kerana keberkesanan menjadi sandaran utama. Saya hanya gunakan jenama yang saya percaya dan Skinz berjaya mendapat kepercayaan tersebut. Kini setiap hari saya menggunakan Skinz Infinite pada waktu siang dan malam," ujar Nurul yang secara peribadi menyukai Youth Recall Serum dan Eye Revive Therapy.

Skinz Infinite dicipta khusus untuk kulit wanita Asia.

Rumusannya amat berkesan untuk wanita berusia 29 tahun ke atas yang ingin melawan proses penuaan pada kulit.

Ia telah diuji ke atas sekumpulan wanita Malaysia dan keberkesanannya turut diakui mereka. Skinz Infinite juga diiktiraf sebagai produk yang halal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: