Wednesday, July 18, 2012

Taktik ubah warna diesel gagal


ABD. LATIF memeriksa lori tangki berpendaftaran Thailand yang disyaki digunakan untuk menyeludup diesel di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.


BUKIT KAYU HITAM – Taktik satu sindiket mengubah warna minyak diesel sebelum cuba menyeludupnya ke negara jiran gagal apabila pusat penyimpanan bahan bakar itu di kawasan gudang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di sini diserbu semalam.

Sindiket itu didapati mencampurkan sejenis cecair bagi mengubah warna diesel kepada biru kehitaman bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Namun, taktik yang cuba disembunyikan lebih setahun itu berjaya dihidu hasil kerjasama Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Kubang Pasu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: