
NEW YORK – Seorang bekas pengurus dan mentor Tom Cruise menyatakan, dia tahu dari awal lagi bahawa perkahwinan hero filem Top Gun itu dengan Katie Holmes tidak akan berkekalan, lapor akhbar dalam talian MailOline kelmarin.
Membuka mulutnya untuk kali pertama sejak dia memeterai kontrak dengan Cruise sejurus selepas hari jadi ke-18 aktor berkenaan, Eileen Berlin berkata, dia menyalahkan zaman perasaan marah yang lama dipendam, trauma zaman kanak-kanak dan tiga keruntuhan rumah Cruise pada masa lalu sebagai punca kegagalan perkahwinan mereka.
Bercakap kepada akhbar MailOnline pada minggu lalu, wanita berkenaan memberitahu, semasa kanak-kanak, Cruise atau nama penuhnya Thomas Cruise Mapother IV menghidap penyakit disleksia, dibuli rakan sebaya dan kemudian ditinggalkan oleh bapanya.
Pada usia 15 tahun, Cruise memasuki sebuah institusi gereja dengan tujuan menjadi seorang paderi.
Menurut Berlin yang kini berusia 77 tahun dan menguruskan sebuah agensi pengurusan teater di sini, dia dan mendiang suaminya berkenalan dengan Cruise tiga tahun kemudian selepas dia menggugurkan nama keluarganya dan mula berkecimpung dalam dunia lakonan.
“Ibu Cruise pernah meminta supaya dia keluar dari rumahnya, saya rasa, kerana Cruise mengalami masalah ketagihan alkohol semasa remaja,” kata Berlin.
“Wanita itu berkahwin semula dengan Cruise menyimpan perasaan marah dan benci terhadap bapa kandungnya kerana meninggalkan dia dan tiga saudara perempuannya.
“Setiap kali saya melihat Cruise, dia akan ditemani wanita tetapi dia tidak kekal dengan seorang teman wanita. Cruise seperti mahu membuktikan sesuatu atau mungkin dia cuma mahu dirinya disayangi,” tambah bekas pengurus tersebut.
Jelas Berlin, Cruise seperti membina tembok dalam hatinya untuk mengelakkan perasaan sebenarnya daripada diketahui orang lain.
“Apabila anda semakin rapat dengannya dia akan menutup dirinya kepada anda. Saya pasti wanita yang pernah dikahwininya terpaksa berdepan dengan tembok ini,” ujar Berlin.
Menurutnya, hubungan profesional mereka berkahir pada 1983 tetapi dia dan Cruise saling menghubungi selepas itu.
Cruise, 50, berpisah dengan isterinya Holmes pada hujung bulan lalu. Mereka memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, Suri Cruise.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: