Wednesday, July 4, 2012

Pandora simpan cerita

Zarida Noordin bersama Rozita Che Wan ketika perasmian butik terbaru Pendora di Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor.

Pandora yang terkenal dengan pelbagai barangan kemas yang unik dan istimewa melancarkan pembukaan rasmi butik mereka di Paradigm Mall, di Kelana Jaya, Selangor, sekali gus menandakan sebagai lokasi ke-13 untuk jenama global itu di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk memberi para peminat Pandora lebih 'obses' kepada koleksi mereka.

Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin berkata, butik baru tersebut akan memberi berkhidmat khusus buat peminat aksesori Pandora sebagai jenama barang kemas paling popular.

Barang kemas dari Belanda dan diedarkan secara eksklusif oleh Habib Jewel itu, didatangkan dengan reka bentuk inovatif dan ketukangan unggul kontemporari.

Barang kemas tersebut bermotifkan nostalgia yang sangat menarik dan sesuai dijadikan hadiah ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Rekaan yang pelbagai warna dan bentuk itu semestinya akan membuat pelanggan rambang mata seterusnya tertarik untuk memilikinya.

Jenama yang terkenal dengan reka bentuk gelangnya itu turut diperagakan oleh artis terkenal Malaysia iaitu Rozita Che Wan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: