Thursday, July 12, 2012

Mitsubishi jual kilang satu euro


KILANG VDL di Born, Belanda.


TOKYO - Syarikat gergasi kereta dari Jepun, Mitsubishi Motors semalam mengumumkan sebuah kilang pembuatan kereta miliknya Born akan dijual kepada sebuah kumpulan perindustrian Belanda, VDL Groep dengan harga satu euro (RM3.9).

Syarikat itu dijual selepas VDL yang mengeluarkan bas dan produk industri berjanji akan mengekalkan 1,500 pekerja di kilang tersebut.

Pengumuman itu dibuat selepas VDL mengesahkan pihaknya dalam perbincangan dengan syarikat BMW dari Jerman untuk mengeluarkan kereta mini di kilang tersebut yang terletak 180 kilometer ke tenggara Amsterdam, Belanda.

Pada awal tahun ini, Mitsubishi mengumumkan rancangan untuk menamatkan pengeluaran di kilang tersebut menjelang akhir tahun.

Pihak Mitsubishi berkata, ia menjangkakan kerugian sebanyak AS$353 juta (RM1.12 bilion) dalam laporan kewangan Mac 2013.

Sebelum ini, para pekerja di kilang tersebut mengadakan mogok selama sehari bagi meminta Mitsubishi bekerjasama dengan kerajaan Belanda untuk mencari pembeli baharu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: