
LONDON - Ketua Eksekutif Bank Barclays, Bob Diamond meletak jawatan semalam dalam skandal terbaharu yang melanda pasaran kewangan.
Skandal tersebut turut menyaksikan pengerusi bank berkenaan mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan dengan pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap sektor perbankan di Britain.
Peletakan jawatan Diamond yang berkuat kuasa serta-merta, berlaku sehari selepas pengerusi bank berkenan, Marcus Agius turut terpalit dalam skandal tersebut.
Bagaimanapun, Agius akan mengetuai usaha mencari seorang ketua eksekutif baharu dan akan meninggalkan institusi perbankan tersebut selepas seorang pengerusi baharu dilantik.
Pengurusan Barclays dikecam sejak bank tersebut didenda AS$453 juta (RM1.42 bilion) oleh pihak berkuasa perbankan Amerika Syarikat dan Britain pada minggu lalu kerana menyerahkan laporan palsu berhubung kadar faedah pinjaman antara tahun 2005 hingga 2009.
Kebanyakan aktiviti tersebut berasa daripada pedagang Barclays Capital yang merupakan divisyen pelaburan perbankan diketuai oleh Diamond.
"Tekanan luar ke atas Barclays mencapai satu tahap yang berisiko menjejaskan bank ini, saya tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku," kata Diamond semalam dalam satu kenyataan bersama peletakan jawatannya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Penipuan Serius Britain kelmarin menyatakan, pihaknya akan memutuskan dalam masa sebulan sama ada untuk mengemukakan dakwaan jenayah dalam kes tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: