|
SEPERTI tidak lengkap menjalani ibadat puasa selama 30 hari tanpa juadah masakan Melayu sewaktu berbuka puasa waima sehari.
Azam Pandan Sdn. Bhd. yang menjalankan restoran di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara menawarkan pelbagai hidangan Melayu.
Bermula dengan pembuka selera dengan ulam-ulaman seperti ulam raja, pucuk pegaga, petai, kerabu, acar dan telur masin.
Selain itu, lauk-pauk seperti ikan patin masak stim, kambing kuzi, tetel asam pedas rebung, kambing panggang dan tetel asam pedas rebung pasti membuatkan anda kecur air liur.
Kambing kuzi merupakan hidangan wajib dinikmati kerana cara masaknya yang istimewa. Ikan patin kukus merupakan hidangan wajib di KGPA dan dihidangkan setiap hari sepanjang bulan puasa. KGPA turut menghidangkan sate, nasi ayam Hainan, char kuetiau Pulau Pinang dan kuih-muih bergoreng.
KGPA turut menawarkan dua minuman istimewa iaitu jus kedondong dan air katira.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: