
KUALA LUMPUR - Pemilik syarikat berjenama mewah dunia, Harrods, Qatar Holding LLC (Qatar Holding) dan pemaju hartanah, Jerantas Sdn. Bhd. (Jerantas) dijangka melabur RM2 bilion untuk mendirikan sebuah hotel mewah bertaraf tujuh bintang di negara ini tidak lama lagi.
Hotel Harrods itu akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2.2 hektar di kawasan di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Conlay di sini.
Naib Pengerusi Qatar Holding, Dr. Hussain Ali Al-Abdulla berkata, projek pembinaan itu dijangka dimulakan setahun dari sekarang.
"Hotel yang mempunyai hampir 300 bilik ini bakal menjadi antara hotel termewah di Asia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Qatar Holding dan Jerantas di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: