Saturday, July 21, 2012

Fesyen untuk lebaran

KAIN polos dengan hiasan sulaman manik di dada menambahkan keceriaan pagi Syawal yang bakal mendatang.

JIKA ke butik Bahari Asyek, kaum Hawa pasti rambang mata melihat pelbagai koleksi pakaian untuk 'dicapai' terutamanya menjelang lebaran tahun ini.

Menurut pemiliknya, Zahalina Abdul Rahman, penawaran beraneka jenis corak fabrik yang bermutu telah memberikan impak positif permintaan yang diterima daripada pelanggan.

Konsep yang cuba diketengahkan oleh beliau menjurus ke arah klasik dan kemelayuan, sekali gus sesuai dipadankan dengan nama butiknya iaitu Bahari yang membawa maksud warisan atau dahulu kala.

Baru-baru ini, butik Bahari Asyek telah mengadakan pertunjukan busana sempena lebaran.

Antara busana yang dipersembahkan dalam pertunjukan fesyen berkenaan adalah baju kurung, baju kurung Pahang, kebaya labuh dan kebarung dengan sulaman unik dipadankan bersama selendang.

Selain itu, butik Bahari Asyek juga menawarkan pakaian Siam selain pemilihan pakaian berteraskan kain kapas.

"Saya merancang dan merencanakan fesyen, corak dan potongan pakaian siap yang ditawarkan agar sesuai, selesa dan menepati konsep dan tema perayaan mengikut adat dan tradisi kita," kata Zahalina.

Jelas beliau lagi, menerusi kesinambungan dan legasi butik pertamanya, beliau juga menawarkan pilihan kain berteraskan benang kapas dan sutera yang diimport khas secara eksklusif dari luar negara seperti Dubai, Turki, Mesir dan Pakistan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan fabrik istimewa ini, anda dijemput untuk berkunjung ke butik Bahari Asyek di tingkat 2, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: