SUTRADARA Christopher Nolan memberitahu bahawa filem terakhir trilogi Batman iaitu The Dark Knight Rises merupakan cerita terbesar buat dirinya.
"Ia merupakan cerita terbesar yang pernah saya beritahu dan saya sangat teruja dengan The Dark Knight Rises ini. Filem ini mempunyai banyak perkara besar di dalamnya dan saya sangat bersemangat melakukannya. Untuk momen ini, saya hanya ingin berhibur dengan filem ini," jelas sutradara tersebut dalam satu wawancara baru-baru ini.
"Filem The Dark Knight Rises ini merupakan definisi epik, di mana ia melalui tiga benua untuk penggambaran dengan stunt yang berani serta pelakon tambahan yang ramai melibatkan adegan letupan. Juga penuh dengan gajet dan kenderaan baharu.
"Tetapi bagi saya, skala besar dalam filem ini adalah daripada sisi emosi yang dilalui oleh setiap karakter. Para pelakon terdiri daripada nama-nama besar," tambahnya yang mengaku tidak pernah terfikir untuk membikin sebuah filem trilogi.
Nolan merupakan salah seorang pengarah yang menggunakan kaedah konvensional untuk pengambaran filem yang membariskan Christian Bale, Michael Caine, Gary Oldman, Morgan Freeman dan Anne Hathaway.
"Apabila saya memulakan kembara dengan Batman, saya tidak menjangka akan terlibat hingga filem ketiga. Tetapi setiap cerita ada permulaan, pertengahan dan akhir maka sebuah filem trilogi secara semula jadinya akan memberitahu sebuah cerita yang sempurna," tambahnya lagi yang menganggap dapat memasukkan semuanya dalam sebuah filem.
Menurut pengarah yang juga merupakan sutradara bagi filem itu, dia menjangkakan para penonton akan melalui pengalaman yang unik serta berpendapat mereka akan menonton sesuatu yang penuh unik yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: