KOTA BHARU – Seorang buruh menerima balasan atas tindakannya mencuri rantai milik ibunya sendiri apabila dia dijatuhi hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman terhadap Wan Mohd Faiz Wan Fauzi, 25, dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Majistret Muhamad Safuan Azhar memutuskan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku salah mencuri rantai leher bernilai RM15,000 itu di rumah mereka di Taman Kemahiran Panji di sini, antara 7 dan 8 Jun lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.
Terdahulu, peguam bela, Wan Abdul Razak memohon hukuman tertuduh diringankan berikutan tertuduh menginsafi kesalahannya.
“Saya mohon hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 Julai lalu dan tertuduh berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan,” katanya.
Tuesday, July 17, 2012
Curi rantai ibu, dijel lima bulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: