|
NEW YORK - Penyanyi terkenal, Mariah Carey mungkin menyertai program realiti American Idol sebagai salah seorang juri.
Menurut seorang individu yang kerap berurusan dengan pihak pengurusan American Idol, Carey telah dipujuk menyertai panel juri rancangan terbitan stesen televisyen Fox itu.
Sumber berkenaan meminta namanya tidak didedahkan.
Carey, 42, juga pernah dipikat oleh beberapa pertandingan pencarian bakat.
Pada minggu lalu, penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dan Steven Tyler mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi juri American Idol selepas terlibat selama dua musim.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: