INDUSTRI automotif bagi segmen premium kembali mewarnai dengan pengenalan kenderaan keluaran BMW Group Malaysia yang mencatatkan kejayaan iaitu kereta coupe aktiviti sport serba baru dan dinaik taraf bagi model BMW X6.
Ia pertama kali diperkenalkan di dunia pada tahun 2006, BMW X6 merupakan gabungan kecemerlangan pemanduan yang dinamik dan prestasi tinggi dalam reka bentuk.
BMW X6 yang baru di pasaran adalah model BMW X6 xDrive35i.
Presiden BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 263 unit telah dihantar ke Malaysia sejak pengenalannya pada 2008, BMW X6 xDrive35i terus membina kejayaan dalam salah satu pencapaian dalam industri automotif paling bersejarah.
Menyelongkar ruang dalam, BMW X6 versi baru ini menampilkan kombinasi unik dengan kemewahan secara eksklusif, sporting yang dinamik dan rekaan yang rapi.
Kenderaan yang mempunyai lima tempat duduk ini memberikan ruang yang berkualiti tinggi secara premium dan keselesaan dengan permukaan kulit bermutu.
Ia turut dilengkapi dengan produk yang komprehensif, ConnectedDrive yang membantu sistem pemanduan dan melancarkan pergerakan seperti paparan utama BMW, kamera pandang belakang dengan pandangan atas, sistem navigasi profesional serta kemudahan bluetooh termasuk pengguna internat dalam kenderaan.
Model dengan ciri baru ini menggunakan enjin enam silinder yang menjana 225Kw/306 hp dengan kuasa kilas sebanyak 400 Nm.
“BMW X6 menunjukkan keupayaan BMW Group untuk menampilkan prestasi, gaya dan keselesaan dengan reka bentuk lebih segar tidak seperti yang lain,” kata Dr Pils.
BMW X6 xDrive35i serba baru berada di pasaran di seluruh premis BMW seluruh negara mulai 14 Julai ini dengan harga runcit atas jalan RM698,800.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: