Wan Arif Ferdaus
Wan Arif Ferdaus
Arif selamat dibedah
Keadaan Wan Arif selepas pembedahan dilakukan.

SHAH ALAM - Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, yang menghidap kanser tulang selamat menjalani pembedahanpemindahan tulang titanium di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), semalam.

Bapanya, Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob, berkata, pembedahan yang mengambil masa selama empat jam itu berjaya dilakukan tanpa sebarang konflik.

“Selesai pembedahan tadi (semalam), pihak hospital memindahkan abang (panggilan untuk Arif) ke wad biasa untuk tambah darah,” katanya. Wan Ahmad berkata, sebelum memasuki dewan bedah, anaknya semangat mempersiapkan diri dan turut berdoa untuk kembali sembuh seperti biasa kanak- kanak lain.

“Doktor yang merawat abang menasihatkan supaya dia perlu berehat secukupnya dan tidak melakukan sebarang aktiviti kerana lukanya masih baru.

“Saya berterima kasih kepada penyumbang dan doa daripada orang ramai kepada Wan Arif. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas segala-galanya,” katanya.

Wan Arif Ferdaus yang sebelum ini, menghidap kanser di bahagian kaki kiri dan memerlukan kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemindahantulang titanium.

Banyak pihak yang tampil menghulurkan sumbangan termasuk Kerajaan Negeri Perak pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai yang menghulurkan bantuan bagi merealisasikan impian kanak-kanak ini sihat seperti insan lain.