Monday, July 9, 2012

APMM selamatkan tujuh kaki pancing


ANGGOTA APMM kelihatan sedang menyelamatkan mangsa bot karam di muara Sungai Sedili, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Tindakan pantas pasukan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya menyelamatkan seorang tekong, seorang awak-awak serta tujuh kaki pancing daripada hanyut selepas bot mereka dipukul ombak di muara Sungai Sedili kelmarin.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan, sejurus selepas menerima panggilan daripada salah seorang mangsa pada pukul 6.29 pagi, sebuah bot laju digerakkan untuk kerja-kerja menyelamat.

“Kira-kira 30 minit kemudian, kesemua mangsa berjaya diselamatkan berhampiran muara sungai Tanjung Sedili, Kota Tinggi dan terus dibawa ke jeti Daerah Maritim Tanjung Sedili,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: