SHAH ALAM - Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) Universiti Teknologi Mara (UiTM) mula menampakkan hasil apabila lebih 7,000 pelajar di bawah program itu akan menamatkan pengajian masing-masing tahun depan, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said.
Beliau berkata, penuntut terbabit yang merupakan perintis program itu yang dilaksanakan pada 2010, dipilih daripada kalangan keluarga miskin dari seluruh negara untuk mengikuti pengajian peringkat diploma dengan dibiayai sepenuhnya oleh dana MDAB yang dikendalikan UiTM.
"Kesemua mereka akan menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam beberapa bidang antaranya Pengajian Perniagaan, Pengajian Perbankan dan Pengajian Pengurusan Pejabat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia fasa kedua di sini semalam.
Beliau berkata, kesemua penuntut terbabit membuktikan mereka mampu menguasai bidang pengajian yang diambil serta menggunakan peluang menyambung pengajian yang ditawarkan melalui program MDAB dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: